Wednesday, December 19, 2018

Ulasan E-book Perjalanan Mengenal Allah

Tajuk E-Book : Perjalanan Mengenal Allah
(https://www.perjalananmengenalallah.blogspot.com)

Penulis: Mahfuzah Binti Mahmud

Setelah membaca e-book Perjalanan Mengenal Allah, ia membawa saya kembali kepada saat saya meletakkan jawatan sebagai guru suatu masa dahulu. Benar, ia bukan keputusan yang mudah.

Selepas meletakkan jawatan dan berada di rumah memang sesuatu yang mencabar bagi mereka yang suka bekerja. Satu pengorbanan yang menuntut kekuatan hati dan sokongan. Sebagai ibu yang berada di rumah, perlu sentiasa mencari ilmu terutama ilmu berkaitan dengan Al-Quran, hadith, adab dan sebagainya. Ini penting supaya hati dan pemikiran ibu yang sibuk mengurus anak di rumah sentiasa terbuka dan positif.

Alhamdulillah, penulis ditemukan oleh Allah dengan sahabat-sahabat yang baik. Yang membawa kepada mendekatkan dirinya kepada Allah. Masya-Allah. Tabarak-Allah.

Amaran

E-book ini adalah hak cipta terpelihara https://www.mendoronganakmembaca.blogspot.com.

Anda dilarang sama sekali mengubah, mengedar atau menjual e-book ini kepada orang lain.

Sebarang tindakan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sekiranya anda menerima e-book ini melalui pihak lain selain daripada https://www.mendoronganakmembaca, anda perlu melaporkan kepada pihak admin.

Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan tidak beretika ini.

Pemilikan e-book secara tidak sah adalah tidak halal dunia dan akhirat.

Yang benar,
Faridah Yusof
https://www.mendoronganakmembaca.blogspot.com

Ulasan E-book Menanam Rutin Al-Quran

Tajuk E-Book : Menanam Rutin Al-Quran 
(https://www.menanamrutinalquran.blogspot.com)

Penulis: Siti Azimah Binti Rupilen

Masya-Allah. Tabarak-Allah. Selepas membaca e-book Menanam Rutin Al Quran, saya merasakan perlu menghafal Al Quran sedaya upaya saya. Menjadikan Al Quran sebagai darah daging. Al Quran yang diturunkan kepada manusia umat Nabi Muhammad penuh keberkatan dari Allah. Alangkah ruginya jika saya melepaskan peluang ini. Melihat contoh-contoh penghafaz Al Quran dari sebuah rancangan dokumentari yang disebut di dalam e-book ini membuatkan diri insaf dan malu kepada Allah. Ya. Saya juga menangis seperti penulis sewaktu menonton dokumentari tersebut. 

E-book ini menguatkan lagi hasrat diri mahukan anak-anak mencintai dan menjadikan Al-Quran sebagai rutin bacaan, memahami, mengambil pengajaran, menghafaz dan mengajarkannya juga kepada orang lain.

Friday, December 14, 2018

Ulasan E-book Menemui Camellia Di Tanah Lincoln

Tajuk E-book: Menemui Camellia Di Tanah Lincoln (https://www.menemuicameliaditanahlincoln.blogspot.com)

Penulis: Amna Sofea

Membaca e-book ini saya merasakan seolah-olah turut mengembara di dalam setiap kisah yang ditulis. Setiap coretan membawakan pengajaran dan memberi keinsafan. Betapa Maha Pengasih, Maha Penyayang Allah yang telah menghadiahkan sebuah pengalaman yang mahal kepada penulis. Sungguh, bagi saya ia sebuah pengalaman yang harus dikongsikan kepada pembaca sebagai perkongsian yang menjernihkan hati dan mengajak kita semua bersyukur di atas segala ketentuan dan takdir dariNya.
Alhamdulillah
Tahniah kepada penulis.