Monday, December 3, 2018

Tahu Membaca vs Minat Membaca

Di antara anak tahu membaca dan anak minat membaca yang mana satukah yang lebih utama?

Pada asasnya, sudah tentulah kita mahukan anak tahu membaca terlebih dahulu. Apabila anak sudah tahu membaca, anak berpotensi untuk membaca lebih banyak bahan bacaan atau buku. Walau bagaimanapun, ada anak yang sudah tahu membaca tetapi tidak minat untuk membaca. Hal ini tidak memberi makna dan impak kepada dirinya. Membaca tidak menjadi hobi atau aktiviti kegemaran. Membaca hanya apabila perlu sahaja. Maka, ibu bapa perlu sentiasa memberi dorongan, sokongan dan galakan untuk anak terus membaca.

Bagaimana pula apabila minat membaca itu sudah tumbuh dalam diri anak, tetapi anak belum tahu membaca? Anak ini berpotensi untuk belajar membaca dengan baik kerana minatnya untuk tahu membaca. Walau bagaimanapun, anak ini juga boleh menjadi patah semangat jika mereka merasakan belajar membaca sesuatu yang tidak menyeronokkan dan membebankan. Malah, anak ini boleh kehilangan minat kepada membaca apabila ibu bapa tidak memberi dorongan, sokongan dan galakan untuk membaca. Alangkah ruginya jika perkara ini berlaku.

Maka apa jua keadaan, anak tahu membaca atau anak minat membaca, kedua-duanya memerlukan dorongan, sokongan dan galakan yang berterusan dari ibu bapa dan guru.

No comments:

Post a Comment